Fungsi IF dalam Microsoft Excel

Kegunaan Fungsi IF

Fungsi IF dalam MS Excel merupakan salah satu fungsi asas dalam Excel dan ianya amat mudah untuk dipelajari.

Ianya digunakan bagi menguji samada ianya benar atau salah terhadap kondisi yang ditentukan. Contohnya jika markah ujian anda kurang dari 50, anda GAGAL dan jika 50 dan ke atas anda LULUS ujian.

Kali ini, anda akan mempelari dasar dengan hanya satu fungsi IF sahaja yang akan digunakan.

Contoh Penggunaan

Bambang merupakan seorang guru kepada pelajar sekolah dasar seramai 40 orang. Setelah habis memeriksa kertas ujian, dia memasukkan nilai markah ke dalam kepingan MS Excel di dalam komputer, bagi setiap pelajar untuk sepuluh subjek kesemuanya.

Kemudiannya, dia melihat setiap markah yang diperolehi dan menaip LULUS atau GAGAL di dalam column KEPUTUSAN. Masa yang agak lama diperlukan melihat satu demi satu markah yang diperolehi setiap pelajar bagi setiap subjek.

Terdapat 10 subjek dan seramai 40 orang pelajar, jadi dia terpaksa melihat 10 kepingan Excel dengan setiap satunya mengandungi 40 baris nama pelajar. Ianya amat memenatkan.

Baiklah, kita mulakan sekarang. Sebagai contoh penggunaan fungsi IF kali ini, kita gunakan tabel yang menunjukkan markah yang diperoleh oleh lima 5 dari 40 pelajar bimbingan guru Bambang.

Column D ialah column akan isikan dengan keputusan ujian pelajar dengan menggunakan fungsi IF.

Cara Penggunaan

Terdapat dua cara utama menggunakan fungsi IF iaitu menggunakan wizard dan cara memasukkan terus fungsi IF ke dalam sel Excel.

Cara 1 lebih sesuai untuk golongan baru belajar MS Excel. Walaupun langkah-langkahnya amat banyak dan memerlukan masa yang lebih, ia dapat mengelakkan kesilapan.

Cara 2 adalah untuk mereka telah mahir tetapi anda tidak perlu risau sebab semasa memasukkan “=if(“, anda akan dapat melihat apa yang perlu dimasukkan seterusnya.

Fungsi IF - hint display

Anda cuma perlu memasukkan syntax dan test value jika benar dan jika tidak benar.

Syntax : IF(logical_test,value_if_true,value_if_false)

Cara 1 : Guna Wizard Excel

Langkah 1:
Dari menu Excel kelik Formulas dan kemudiannya Insert Function.

Fungsi IF - Guna Wizard

Langkah 2:
Pilih IF dan kelik OK. Di sini kita dapat melihat syntax fungsi if ialah IF(logical_test,value_if_true,value_if_false).

Fungsi IF - Guna Wizard

Langkah 3:
Cuma kelikkan saja anak panah ke atas untuk memilih sel yang menguji logikal test.

Langkah 4:
Pilih sel yang digunakan untuk tujuan mendapatkan keputusan LULUS atau GAGAL. Di sini jika C3<50, keputusannya adalah GAGAL, jadi kita kelik column C3 dahulu.

Langkah 5:
Selepas kelik C3, Function Arguments menunjukkan C3 secara otomatis.

Langkah 6:
Tambahkan tanda <50 dan ini menjadikan fungsi syarat sebagai jika C3<50. Seterusnya kelik tanda anak panah ke bawah.
Nota: Di dalam Excel tanda < bermaksud lebih kecil.

Langkah 7:
Masukkan nilai jika logical test C<50, benar. Dalam contoh ini, GAGAL. Manakala jika value jikan false pula ialah gagal. Kemudian kelik OK.

Langkah 8:
Sekarang kita dapat lihat, keputusan = LULUS sebab C3 lebih besar dari 50. Mudah sekali. Di sini, ia akan memberikan keputusan “LULUS” kerana markah yang diperoleh oleh Ali ialah 50. Untuk markah yang kurang dari 50, contoh 49.5 yang akan memberikan keputusan “GAGAL”.

Langkah 9:
Klik dan hold tetikus dan tarik ke bawah untuk copy formula kepada sel-sel yang di bawahnya.
Setelah copy ke bawah ke semuanya, lepaskan tetikus dan fungsi if akan di copy secara otomatis.

Langkah 10:
Dan inilah hasil yang kita akan dapat dan kita dapat lihat bahawa keputusan “LULUS” atau “GAGAL” adalah tepat sekali. Maka, jika kita sudah terbiasa melakukannya, amatlah mudah dan menjimatkan masa.

Cara 2: Memasukkan terus fungsi

Syntax: IF(logical_test,value_if_true,value_if_false)

Dasar Pemahaman Syntax

Anda tidak perlu ingat syntax di atas tetapi perlu memahami apa maksud setiap parameter yang perlu dimasukkan ke dalam syntax.

Logical_test : Kondisi untuk test, misalannya dalam contoh di atas, jika nilai sel C3 kurang dari 50. Cuma gunakan tanda operator lebih kecil (<). Jadi masukkan tanda C3<50.

value_if_true: Nilai jika kondisi untuk logical_test adalah benar. Anda boleh masukkan nombor atau teks. Jika text perlu diletakkan tanda ” menutupi teks tersebut. Jika nombor tidak perlu apa-apa tanda. Jika C3<50 ada benar masukkan “GAGAL”

value_if_false: Nilai jika kondisi untuk logical_test adalah salah. Maksudnya apakah nilai jika C3<50 ada salah, dengan kata lain nilainya 50 atau lebih besar. Jadi dalam contoh ini, nilainya ialah “LULUS”.

Nota: Jika anda memasukkan nilai 1000 dalam C3 ia tetap memberi keputusan LULUS. Kali ini hanya sekadar contoh. Untuk menghadkan nilai maxima yang boleh dimasukkan ke dalam sel C3, kita boleh gunakan Data Validation yang kita akan belajar dalam subjek akan datang.

Langkah-langkah memasukkan terus fungsi IF

Langkah 1:
Masukkan fungsi =if( dan secara otomatis, kita dapat nampak syntax.

Langkah 2:
Kelik sel C3 dan secara otomatis ia akan muncul di sel D3.

Langkah 3:
Kemudian masukkan tanda lebih kecil dan nilai 50 berserta tanda koma (,).

Langkah4:
Masukkan nilai jika kondisi dalam sel D3 adalah benar. Dalam contoh ini, “GAGAL” disusuli tanda koma (,). Anda boleh gantikan dengan apa-apa sahaja seperti “FAILED”.

Langkah 5:
Masukkan nilai jika kondisi adalah salah. Dalam contoh ini, “LULUS” dan disusuli tanda penutup kurungan “)”. Gantikan dengan perkataan yang anda suka jika mahu seperti “PASSED”.

Langkah 6:
Tekan butang ENTER pada papa kekunci dan anda dapat lihat keputusan menunjukkan LULUS.

Langkah 7:
Untuk copy fungsi dari sel D3 terus ke C6, cuma lakukan kelik dan hold kan tetikus dan tarik ke bawah sehingga ke sel D7.

RUJUK SINI

Kesimpulan

Bagaimana dengan anda? Sudahnya anda berjaya melakukannya? Anda boleh juga menggunakan cara lain untuk formula ini dan ia memberikan jawapan yang sama.

=IF(C3>=50,"LULUS","GAGAL")

Anda boleh mencuba dan kelik pautan di bawah untuk muat turun fail Excel.

Muat Turun Fail Excel Fungsi IF